Kiamat Kecil Telah lengkap Kiamat Besar Tinggal Disempurnakan
Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi
iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar
dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu
diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun
dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di
Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews
& Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas
Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih
tinggal. Allahu A’lam.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga
banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan
sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga
Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” –
Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat
ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan
hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman
yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam
kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a.
“Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2
wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2
besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum
pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu
sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari
kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang
benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum
yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’
yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &
Nasai.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong
dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi
dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang
paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar
r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari
ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu
sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu
perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari
qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat
sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian
beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari
tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan
Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang
ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).
(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang
disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat
yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:- Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
- Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
- Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
- Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
- Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
- Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
- Gempa bumi di Timur.
- Gempa bumi di Barat.
- Gempa bumi di Semenanjung Arab.
- Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar
al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang
dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis
Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala
petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku
dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa
alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya
matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat
yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana
kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang
dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah
terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat
tenggelamnya”.
kredit: pieogiey_daniel
Dipetik dari Blog Tok Wan dan diubahsuai oleh WanWMA.
0 comments:
Post a Comment